Wednesday, June 15, 2016

Minimalist Huaraches Running Sandal

image



Semua ni bermula pada hujung tahun 2015, lepas tengok orang pakai masa event Ice Watch Light Up The Night Run...

Masa tu rasa macam pelik, tak sakit ke? Pastu mula la meng google segala hal berkaitan lari pakai selipar atau sandal ni...



Mak aii sandal yg ada brand utk lari ni memang mahal sebab takde satu pon yg made in Malaysia, dari carian google dapat info² D.I.Y buat dan cuba la buat...

Aku guna tapak nipis 4mm (heel-to-toe) mula² try benda ni memang sakit kaki sebab takde span macam pakai kasut, hanya tapak nipis senipis nipisnya 😂
Dan buat kali pertama lepas perubahan larian dari heel drop masa pakai kasut ke mid-foot drop pada 1 Januari 2016 di event KL New Year Run, dapat PB bukan 10km bawah sejam tapi 11km 😅

Perubahan mendadak pada pace sejak lari pakai selipar ni...nak lari barefoot tak berani lagi hehe...

Antara official event guna selipar ni...

• Shah Alam Night Run (21km)
• Twincity Marathon (21km)
• Natura Run For Hope (10km)
• Lumpur City Day Run (10km)
• UEM Charity Run (21km)
• RCBB Charity Run (15km)
• 100Plus OutRunner (10km)
• Perkeso Run N Ride (7km)
• Compressports Road (8km) lewat lari septtnya 12km
• Larian Bersama Bomba (10km)
• Perlis Marathon (21km)
• Go Green Run (5km)

Lagi? Sekarang tengah transition ke kasut sementara, tapi cara larian masin kekalkan posture sama masa pakai selipar :)

No comments:

Post a Comment