Wednesday, June 29, 2016

DIET & GYM?




 *posting ini dari perspektif pengamal diet rendah karbo

Apa yang korang tau pasal diet? Kawal makan? Pergi gym?

Inilah yang selalu nak dilakukan bila seseorang nak mula diet, dan ini juga lah penyabab kenapa ramai gagal berdiet, sebab dalam kepala dah auto-set Diet > Gym.


Jika difahamkan betul², gym adalah satu perniagaan dan untuk diet sebenarnya tak perlu pon ke gym kecuali memang niat korang pergi gym tu untuk besarkan otot...
Diet yang betul adalah dengan mengamalkan makan makanan yang betul, kaitan diet dan gym tak lain semata untuk bersenam mengeluarkan peluh dan membina stamina saja.
Jadi, bila dah minda auto-set diet > gym...lebih mudah diet itu untuk gagal atau tidak langsung dilakukan sebab bukan semua orang boleh ke gym, dan bukan semua orang nak ke gym...

Cuba ubah minda untuk fikir diet > senam, ye jangan fikir pasal gym langsung...
Aku dulu pon sama fikir kena pergi gym, tapi bila dah faham dan dah tahu kenapa gym. Baru aku sedar ia sebenarnye tak perlu bagi kebanyakkan orang, contohnye jika korang sorang wanita (biasa ramai wanita diet ni) nak kurus atau nak bina otot? Dan mesti ramai taknak masuk gym sebab ramai lelaki kan? Ye memang ada gym untuk wanita, tapi berapa banyak?

Tak dinafikan pergi gym boleh kurus, tapi berapa peratus yang pergi gym untuk kurus berbanding pergi gym untuk membina otot?
Bukanlah aku kata gym tu tak boleh, tapi untuk yang nak turunkan berat badan dan nak kurangkan saiz...ada banyak pilihan senaman boleh dilakukan diluar gym tanpa alatan gym, contoh yang paling mudah adalah jogging.

Jogging, hiking...senaman ringan dirumah, semua tu boleh dilakukan untuk fitness
70% diet adalah dari pemakanan, baki 30% senaman, bersenam untuk maintain stamina...tanpa senaman badan akan cepat lesu :)

Ye 70% makan, diet yang berjaya adalah makan...orang selalu fikir diet tu kena tahan lapar, tidak. Harus makan, harus kenyang dan jagan sesekali seksa diri berlapar.

Tidak dinafikan ramai yang cenderung diet berlapar, meng-had kan kuantiti makanan...
Ramai yang berfikiran jika sebelum ini makan nasi lauk seketul ayam, masa diet makan hanya seketul ayam tanpa mengantikan jumlah nasi yang telah dibuang itu...

Contoh, jika sebelum ini makan 2 ketul peha ayam dengan setiap sepinggan nasi. Bila diet, kena ganti sepinggan nasi tu dengan sepingan ayam, barulah kenyang macam ni...

Apa pula makanan yang sesuai? Itu kita cerita di posting lain lah ye :) hihihi...

No comments:

Post a Comment