Monday, June 27, 2016

BERAS PERANG (BROWN RICE)

Sejak mula diet awal tahun 2015, beras perang menjadi pilihan aku sebab ia kurang kanji berbanding beras putih biasa...

Ada yang kata susah nak masak beras ni, sebenarnya tak susah pun...cuma nak masak dia kena bersukat

1 Cup Beras + 2 Cup Air

Inilah sukatan untuk masak beras ni, jadi kalau 2 cup beras cuma gandakan je sukatan air tu...

Cuci beras sama macam beras biasa je, aku tak rendam pun beras ni 2-3 jam macam orang lain buat...

Dan beras ni kering, ye kering bila dah masak...jadi kalau baru nak mula bertukar ke beras perang ni mungkin susah tekak nak terima :)

Jadi ia sesuai dimakan bersama makanan berkuah seperti kari...perkhhh dengan kari memang terbaek hihihi...
Selamat menjamah :p


No comments:

Post a Comment