Thursday, June 30, 2016

BAHAYA GULA, GANTI DENGAN STEVIA





Apakah itu Gula?

Gula ialah bahan yang menambah kemanisan dalam makanan dan minuman. It wujud secara semulajadi dalam makanan atau ditambahkan semasa penyediaan makanan dan minuman atau ketika proses pembuatan.


Gula yang paling kerap dijumpai ialah gula putih bertapis yang diperbuat daripada tebu. Jenis gula ini sering digunakan untuk memaniskan pelbagai jenis minuman seperti kordial, sirap, minuman berkarbonat dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan makanan lain.

Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi terlalu banyak gula yang ditambah boleh menyebabkan masalah kesihatan.



Apakah Itu Stevia?

Stevia merupakan bahan makanan yang paling unik di dunia hari ini. Ini disebabkan Stevia merupakan satu-satunya pemanis makanan yang TIDAK mengandungi kalori. Tidak seperti gula yang lain, Stevia berasal dari tumbuh-tumbuhan. Beberapa spesis Stevia dipanggil “CANDYLEAF” yang berasal dari New Mexico, Arizona dan Texas.

Tetapi spesis Stevia yang paling berharga ialah spesis Stevia REBAUDIANA yang tumbuh di Brazil dan Paraguay di mana daun Stevia sudah mula digunakan beratus-ratus tahun dahulu sebagai pemanis makanan dan minuman.

Dalam perubatan tradisional terdahulu, Stevia digunakan untuk merawat luka terbakar, masalah perut seperti kembung perut dan kini dunia mengakui Stevia juga merupakan penawar dalam menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis (DIABETES), masalah kegemukan (OBESITI), melawaskan kencing, menguatkan otot organ hati dan lain-lain.


Khasiat Stevia

1. Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.

2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.

3. Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.

4. Sebagai pemanis semulajadi.

5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (DIABETES).

6. Membantu menurunkan tekanan darah.

7. Membantu sistem penghadaman badan.

8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.

9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).

10. Melawaskan pembuangan air kecil.

No comments:

Post a Comment