Thursday, January 6, 2011

Makna dialog "Pelawok" dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah


Dah tengok filem terbaru Mamat Khalid "Hantu Kak Limah Balik Rumah"? Filem ini adalah kesinambungan dari filem sebelum ini "Zombi Kampung Pisang"...Kejadian juga masih di Kampung Pisang.
Pada yang dah tengok mesti ada dialog-dialog yang korang tak boleh lupa kan? Antara dialog yang ramai confirm ingat seperti...

"Cek Ceghite, Cek Ceghite"..
"Busit"..
"Super Visa"..
"Dasyat Gilee lee"..
"Zomba"..
"Habis Nak Dikokaknye Teman"..

Satu lagi dialog "PELAWOK" yang disebut oleh bomoh siam bernama Comprak Chawatbesiwat sebanyak 28 kali sewaktu menyeru hantu...maksud ayat tu rupenye "PENIPU" dalam dialek Terengganu...hahaha...satu sindiran sinis oleh Mamat Khalid tentang banyaknye bomoh palsu sekarang ni.
Pada pendapat saya la, filem ni memang merapu dan ada babak tak berapa logik. Tapi dari mula hingga akhir filem ni, panggung riuh dengan gelak ketawa!
Lagi satu, kelainan filem ni...ending siap lagu metal tu, mana ada filem melayu guna lagu metal beb! hehe...
Saya dah tonton, fuh! penuh panggung walaupun saya pegi tu minggu kedua tayangan! Patut la pun kutipan filem ni sampai 7 juta! Hehe...saya cuma beli tiket berharga RM6 je, pegi hari rabu murah la sikit kat GSC...
Namun kesimpulannya, pada saya la...baik Hantu Kak Limah Balik Rumah atau Zombi Kampung Pisang, dua2 tak jemu untuk ditonton berkali-kali...hehe