Sunday, April 10, 2011

Free SMS dengan MostSMS

Salam...hmm, suka SMS? Nak FREE sms? Ok...kali ni aku nak share macamane nak hantar SMS FREE dari internet ke handphone!!

Guna MostSMS.com, 100% free sms utk korang guna tapi limit 40 sms saje buat masa ni (sebelum ni 33 sms je).

Mula-mula...login www.mostsms.com, Klik kat "Create an account. It's Free!"


Lepas tu isi form ni dengan lengkap...letak nombor yang aktif ok (yang tengah pakai skrg)
Klik "Signup"


Sukses!!! Korang akan dapat SMS yang mengandungi Password sementara...


Klik Login tu...login dengan nombor korang dan password sementara tu...

Korang akan terus dibawa ke page ni utk tukar password sementara ke password baru pilihan korang...
1.Letak password sementara
2.Letak password baru
3.Klik "Save Changes"


Last sekali sampai la kat page Compose SMS ni,
1.Baki SMS harian
2.Letak nombor penerima SMS korang
3.Text SMS (limit 100 chars je)
4.Klik "Send SMS" utk hantar sms...


Selamat mencuba...!

Tuesday, April 5, 2011

Sunday, April 3, 2011

Buat Energy Saving Di Blog

Biase tengok page macam ni bile pegi mane2 blog? (biar sekejap keluar page ni)


Ni Energy Saving namanye...macamane nak buat?
Senang je, login kat dashboad blogger.com korang...

Lepas tu masuk Design>Edit HTML>Expand Widget Template...

Klik Ctrl+F

Cari <head>

Lepas tu paste code kat bawah ni di bawah <head>

(halakan mouse kemudian tekan Ctrl+C utk copy)


Kemudian Save Template! Lihat hasilnye dengan membiarkan blog korang seketika...

Selamat memcuba!

Cara Posting Blog Dari Handphone Melalui Email

Minat Blogging? Tapi bukan selalu depan komputer? Laptop pulak harap wifi free je?
Ni ada satu cara utk update atau posting blog tanpa menggunakan komputer...

Ada handphone? Tapi yang boleh hantar email la...Ramai org guna Blackberry, Android sekarang. So, lebih mudah utk hantar email...

Caranye mudah je...

Mula-mula, login ke dashboard korang kat blogger.com...
Lepas tu klik kat Settings...


Kemudian, klik Email & Mobile...


Pegi kat Posting Options, di emailid tu akan keluar email korang, contoh "miss.SecretWord@blogger.com
masukkan SecretWord korang...sebagai contoh "newpost"
Akan jadi macam ni miss.newpost@blogger.com
Kemudian tick kat Publish emails immediately
Dah? Save Settings!


Bila2 rase nak update blog korang, hantar email dari handphone ke alamat yang dah korang pilih tu..contoh ke miss.newpost@blogger.com
Kat bahagian Subject to biarkan kosong je...
Boleh attach gambar sekali tapi pastikan format JPEG sahaja...(hingga 10mb)

Selamat mencuba!

Saturday, March 26, 2011

Tutorial aktifkan Facebook Places di Blackberry

Tutorial sebelum ni aku ajar macamana nak buat utk Foursquare update di wall Facebook. Namun Facebook juga ada buat applikasi seperti Foursquare iaitu Places.




Tapi, mungkin ada diantara anda yang tak boleh guna applikasi ni kat blackberry kan?
Biasanye places tu macam ni..



Nampak button "Check In" tu? Tapi kalau takde button tu macamana nak check in? jawapannye mamang tak boleh..

Jadi, utk post ini aku tunjuk cara bagaimana nak buat Places di applikasi Facebook di Blackberry tu berfungsi...

1. Mula-mula logout Facebook kat Blackberry tu...
2. Kemudian buka bluetooth dan pairingkan dgn apa-apa handphone lain...
3. Tutup bluetooth
4. Masuk ke menu>Option>Advanced Options>GPS (atau Location Setting)
5. Pastikan ada nama pairing handphone tadi di GPS Data Source. GPS Services>Location Off
6. Pastikan ada macam ni kat GPS Location :-

Latitude:                     N 0 0.00'
Longitude:                  W 0 0.00'
Fix Time:                    None
Number of Satellites:   0
Accuracy:                   0.0 m
---------------------------------
Location Data:            Enable

Lepas tu boleh la login Facebook tu dan guna Places...button "Check in" kat Facebook tu dah muncul!!!




rahsianye: Bluetooth tu mesti pernah pairing dan jgn padam pairing di bluetooth.

Tutorial Update Check In Foursquare di Facebook utk Blackberry, Android, iPhone

Ada Blackberry? Android? iPhone? ada Facebook kat handphone tu? ada Foursquare pulak? tapi...
bila Check in vanue kat Foursquare tu tak boleh update kat wall Facebook?




Berikut adalah cara utk buat foursquare BOLEH update di wall Facebook...

pastikan buat ni dulu...
- Logout Facebook kat Blackberry tu
- Logout juga Foursquare kat Blackberry tu

1. Login Facebook melalui komputer
2. Remove applikasi FourSquare dari Facebook
3.Logout Facebook

kemudian...

1. Login Foursquare dari komputer
2. Pergi ke Setting
3. Scroll ke bawah ada Linked Accounts
4. Di logo Facebook tu klik change
5. Klik Unlink your Facebook account from Foursquare
6. Logout Foursquare

step terakhir...

1. Login Foursquare
2. Setting>Linked accounts
3. klik "Link to your Facebook Account"
4. Benarkan applikasi Foursquare utk Facebook anda
5. Selesai....

Lepas tu bolehla login Facebook dan Foursquare kat Blackberry tu...
Kemudian boleh dah update Check in Foursquare to kat Facebook...



Selamat mencuba....hehe

Sunday, March 6, 2011

Profile Facebook



Cun x profile page ni? mcmane nak buat? senang je...mula2 login kat facebook, lepas tu buka www.profile-maker.com
terlalu ringkas dan senang je nk faham, bile dah buka tu cuma upload gambar mane yg korang nak buat sebagai profile picture...
lepas tu adjust2 sikit gambar tu, boleh zoom in, flip...last skali tekan create profile kat atas kanan...
tunggu habis loading...
lepas tu cuma "make this as profile picture" je....
dan...walaaa....jadi la profile wall korang macam kat atas ni.....

Thursday, January 6, 2011

Makna dialog "Pelawok" dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah


Dah tengok filem terbaru Mamat Khalid "Hantu Kak Limah Balik Rumah"? Filem ini adalah kesinambungan dari filem sebelum ini "Zombi Kampung Pisang"...Kejadian juga masih di Kampung Pisang.
Pada yang dah tengok mesti ada dialog-dialog yang korang tak boleh lupa kan? Antara dialog yang ramai confirm ingat seperti...

"Cek Ceghite, Cek Ceghite"..
"Busit"..
"Super Visa"..
"Dasyat Gilee lee"..
"Zomba"..
"Habis Nak Dikokaknye Teman"..

Satu lagi dialog "PELAWOK" yang disebut oleh bomoh siam bernama Comprak Chawatbesiwat sebanyak 28 kali sewaktu menyeru hantu...maksud ayat tu rupenye "PENIPU" dalam dialek Terengganu...hahaha...satu sindiran sinis oleh Mamat Khalid tentang banyaknye bomoh palsu sekarang ni.
Pada pendapat saya la, filem ni memang merapu dan ada babak tak berapa logik. Tapi dari mula hingga akhir filem ni, panggung riuh dengan gelak ketawa!
Lagi satu, kelainan filem ni...ending siap lagu metal tu, mana ada filem melayu guna lagu metal beb! hehe...
Saya dah tonton, fuh! penuh panggung walaupun saya pegi tu minggu kedua tayangan! Patut la pun kutipan filem ni sampai 7 juta! Hehe...saya cuma beli tiket berharga RM6 je, pegi hari rabu murah la sikit kat GSC...
Namun kesimpulannya, pada saya la...baik Hantu Kak Limah Balik Rumah atau Zombi Kampung Pisang, dua2 tak jemu untuk ditonton berkali-kali...hehe